Persatuan sejarah SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 telah ditubuhkan pada tahun 1960 apabila sekolah ini dibuka.Kini persatuan ini sedang beroperasi di bawah tanggungjawab cikgu Noryati,cikgu Norizah dan cikgu Norizan.Alhamdulilah persatuan ini mampu menarik lebih kurang 40 orang ahli bagi tahun 2010 ini.Selain itu,pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang tahun ini yang bertujuan memantapkan lagi Persatuan Sejarah ini.Antara aktiviti yang telah dianjurkan ialah pada bulan julai yang lalu,kami telah menganjurkan lawatan ke Lenggong Perak.